Tuesday, June 11, 2013

DAKWAH KITA

KEJELASAN DAKWAH KITA

Kami suka untuk menjelaskan kepada orang ramai tentang matlamat kami. Memberi penerangan tentang manhaj kami di hadapan mereka. Memfokuskan mereka tentang dakwah kami. Dengan tanpa campur aduk dan sembunyi-sembunyi. Lebih jelas daripada sinar mentari, lebih terang daripada fajar pagi, bahkan lebih terang daripada terik siang.

KESUCIAN DAKWAH KITA

Suka rasanya di sini untuk memberitahu puak kita -semua muslim adalah puak kita- bahawa dakwah ikhwan muslimin adalah dakwah yang suci dan bersih. Ia bersih kerana meminggirkan ketamakan individu, dan menghinakan manfaat-manfaat kebendaan, membelakangkan hawa nafsu dan kepentingan, dan telah melangkah menyusuri jalan yang telah digariskan oleh Allah tabaraka wa taala untuk para penyeru dakwah.

[ Katakanlah , inilah jalanku, aku mengajak kepada Allah dengan yakin bersama dengan orang mengikutiku, Maha suci Allah dan aku tidak tergolong dalam orang-orang yang musyrik] yusuf:108

Kami tidak meminta apa-apa dari manusia, tidak mengenakan bayaran, tidak meminta sewa, apatah lagi meminta gaji, bahkan tidak mahu ganjaran dan habuan, sesungguhnya ganjaran kami pada tugas ini hanyalah apa yang telah Allah swt sediakan untuk kami.

BELAS KASIHAN

Suka kami katakan kepada manusia bahawa kami ini menyayangi mereka lebih daripada diri kami sendiri. Mereka disayangi sehinggakan kami akan pergi menjadi penebus mereka sekiranya mereka menjadi tebusan. Kami akan membayar harga untuk ketinggian dan kemuliaan mereka, untuk agama dan cita-cita mereka jika sekiranya kami ada kekayaan. Kami takkan berganjak daripada pendirian ini untuk mereka kecuali hati-hati kami tidak mampu menjaga perasaan belas kasihan ini. Belas kasihan inilah yang memiliki perasaan-perasaan kami, mengacau tidur kami, menyebabkan air mata kami mengalir. Sesungguhnya kami merasa sangat berbesar hati sekiranya melihat apa yang kaum kami akan lalui, kemudian kita sama-sama mati dengan kenikmatan. Ataupun kita redha dengan kehinaan, ataupun merasa tenang dengan putus asa. Sesungguhnya kami ketika berkhidmat di jalan Allah ini, kami akan bekerja lebih untuk masyarakat banyak daripada untuk diri kami sendiri. Sesungguhnya kami ini untuk kamu dan bukan orang lain. Wahai sahabat yang dikasihi, tidak ada hari bagi kami melainkan bersedia untuk kamu. Setiap hari adalah khidmat untuk kamu.