Tuesday, September 7, 2010

Pelayaran Mujahid


Pelayaran Mujahid
Secarik calar terukir menyerlah titisan darah
Merah pekat mengalir tumpah ke bumi Allah
Setitis air mata mengalir hangat di bibir mata
Seorang mujahid sejati di lautan perjuangan

Arus mehnah gelombang fitnah
Badai syaitan taufan nafsu padu menderu
Memesong arah perjuangan 
Namun mujahid tetap cekal tabah
Meneruskan perjuangan
Menuju pelabuhan pulau impian 
Daulah keimanan mahligai ketaqwaan

Memang sunnah berjuang menempuh suka dan duka
Namun itu semua ujian dunia
Nilai yang wajib dibayar untuk meraih kejayaan 
Syahid fi sabilillah

Sunday, September 5, 2010

Marilah menjaga lidah

Kisah ini di ceritakan kepada saya semasa saya mengikuti program syabab anjuran World Assembly of Muslim Youth (WAMY) di Ain Sukhna, Mesir.

Kisah ini adalah kisah benar yang telah berlaku di Jerman suatu masa dahulu. Berkenaan seorang peniaga berbangsa Mesir yang telah membeli sebidang tanah di Jerman. Sebidang tanah yang dijual denga harga yang tidak begitu mahal ketika itu. Akan tetapi selang beberapa tahun, kawasan itu hendak dibina padanya jalanraya oleh kerajaan. Maka harganya melambung berlipat kali ganda. Maka peniaga itu menjadi jutawan dalam sekelip mata. Atas rasa syukur itu, peniaga itu berniat untuk membina masjid di kawasan yang lain. Sebuah masjid yang cantik telah dibina dengan harga 1 juta Mark (matawang Jerman). Beliau sering ke masjid itu beriktikaf dan menguruskannya.

Suatu hari ketika beliau sedang membaca al-Quran di sudut masjid, datang dua orang lelaki bersolat. selesai solat, seorang daripada mereka memuji-muji kecantikan masjid tersebut, dan kemudian bertanya kepada temannya. " Berapa kos pembinaan masjid ini?". Mungkin temannya tahu kos pembinaannya lalu menjawab.
"1 juta Mark". Lantas orang tadi membalas dengan nada bersahaja. "Aku rasa, orang yang buat masjid ini adalah peniaga dadah". Mereka berdua berlalu pergi setelah selesai urusan tanpa sedar bahawa perbualan mereka didengari oleh peniaga itu. Kata-kata lelaki itu tadi sebenarnya memberi kesan yang sangat mendalam kepada peniaga tersebut. Peniaga itu merasakan sangat kecewa,sedih dan tertekan dengan kata-kata itu. Siang dan malam asyik memikirkannya. Sangat menggoyah hatinya. Apakah kesalahannya terhadap Allah swt sehinggakan ada manusia yang sanggup berkata sedemikian.

Akibat terlalu memikirkan perkara itu, peniaga ini mengalami strok separuh badannya. Lantas perniagaan menjadi merosot dan bangkrap. Kehidupan yang dahulu tidak lagi seperti sekarang.

Mungkin kita boleh mengatakan bahawa kata-kata lelaki itu hanyalah seloroh semata-mata. Tapi itulah hakikat lidah manusia. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya. Itulah sejengkal yang memudahan kita masuk neraka. Dan juga sejengkal daging yang memudahkan kita untuk masuk syurga...

Sekian...

Friday, September 3, 2010

Bersihkanlah Hatimu dengan al-Quran.

Kisah ini diceritakan oleh ustaz Muhammad Abdul Fadhil seorang ahli matematik kepada saya.

Kisah seorang bapa dan seorang anak yang bukan berbangsa arab. Si bapa selalu menyuruh anaknya yang kecil itu membaca al-Quran setiap hari. Lalu sebagai anak yang taat, dia menuruti kehendak bapanya dengan rela hati. 
Akan tetapi, suatu hari si anak bertanya kepada bapanya. " Wahai bapa, mengapa bapa selalu menyuruh aku membaca al-Quran yang aku sendiri tidak memahami makna ayat-ayat yang aku baca? ". Bapanya tidak terus menjawab pertanyaan anaknya, lalu mengajak anaknya ke tepi sungai. Dia memberikan anaknya itu raga yang sudah berdebu dan menyuruh anaknya itu memenuhkan tempayan di tepi sungai itu dengan menggunakan raga tadi untuk menimba air. Anak yang taat itu tidak membantah arahan bapanya. 
Berkali-kali dia cuba membawa air tersebut. Ternyata air sudah habis di pertengahan jalan. Lalu si anak mengadu kepada ayahnya. "Wahai bapa, raga ini tidak dapat menampung air". Bapanya menjawab. "Mungkin kamu lambat berjalan, lalu air tidak sempat sampai ke tempayan". Si anak mencuba lagi, kali ini dengan berlari. Ternyata usahanya sama seperti tadi. Sekali lagi dia mengadu kepada bapanya. 
Kali ini bapanya tersenyum, seraya berkata. "Wahai anakku, cuba kau lihat pada raga yang bapa beri tadi, apa yang terjadi padanya?. Si anak melihat dan mendapati raga tadi telah bersih daripada kotoran debu tadi. Lalu bapanya berkata kepada anakknya. "Anakku, begitulah juga dengan hati kita, walaupun kita tidak memahami ayat-ayat al-Quran yang kita baca, tetapi apa yang kita baca itulah yang membersihkan kekotoran hati kita".

sekian...