Friday, November 18, 2011

zaujati al-habibah

Nama Syamilah Bte Mokhtar
Asal Muar
Pegawai Perubatan Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar , Johor.
Bahagian O&G.



Hari Raya Aidilfitri di Simpang Renggam

Tuesday, November 15, 2011

NAFSU KITA

Apa itu nafsu ?
Adakah kita kenal nafsu kita?
Sering orang bertanya, bagaimana hendak kenal nafsu?

Nafsu itu bukan seperti syaitan yang merupakan anasir-anasir luaran iaitu berpisah dengan jasad kita, nafsu yang dimaksudkan ialah diri kita sendiri. Maka diri adalah nafsu dan nafsu adalah diri kita. Sekiranya nama saya Abdul Haliim maka nafsu saya adalah bernama Abdul Haliim juga. paling mudah hendak mengenali nafsu kita ialah melihat kepada minat atau kesukaan seseorang. Contohnya kita meminati mee goreng, meminati mee goreng adalah nafsu. Bukan makan itu nafsu kerana makan itu keperluan, tetapi kehendak itu adalah nafsu. Makan itu sesuatu yang mesti, tapi di sana ada pilihan untuk makan banyak atau sikit, di situ terzahirnya nafsu.
Allah swt berfirman maksudnya " Sesungguhnya nafsu itu mendorong kepada keburukan/ kerosakan ". Pepatah melayu ada mengatakan ' ikut hati, mati. Ikut rasa, binasa'. Itulah nafsu, rasa dan kehendak hati. Sentiasa mahukan yang lebih, makan mahu lebih , duit mahu banyak dan sebagainya. Tidak pernah rasa cukup. Maka, tentulah nafsu tidak dapat dipisahkan dari diri kita. sebab kita sangat perlukan nafsu dan nafsu perlukan kita untuk dipuaskan. Dipuaskan dengan cara yang Allah swt pimpin. Iaitu pimpinan wahyu Allah aka Al-Qur'an. Kerana nafsu dan wahyu itu sifatnya berlawanan.
Allah swt menjadikan nabi-nabi untuk manusia adalah daripada kalangan manusia sendiri. Supaya nabi-nabi ini dapat menunjukkan cara mengawal nafsu. Allah berfirman " Tidaklah nabi itu bertutur mengikut nafsunya, sesungguhnya tidak lain adalah wahyu yang diwahyukan kepadanya". Nabi saw sendiri berkahwin, makan,minum dan tidur.
Berlaku di zaman Nabi saw, tiga orang sahabat yang tidak mahu berkahwin, berpuasa sepanjang hari dan tidak mahu berbuka, tidak mahu tidur melainkan untuk beribadah sahaja. Nabi saw melarang perbuatan mereka dengan berkata " Aku tidur dan aku jaga, aku berpuasa dan aku berbuka dan aku berkahwin, barangsiapa yang tidak mengikuti sunnahku maka tidak tergolong daripada umatku".