Tuesday, March 27, 2012

Dalam Jamban Ada Syaitan, Dalam surau lagi banyak..

apa yang selalu ana pesan kepada anak-anak murid sekolah.
murid2 sekalian tandas itu rumah siapa? mereka menjawab: syaitan...aku bertanya lagi di manakah tempat kerja syaitan? mereka berdiam...tempat kerja syaitan adalah di sebelah kamu...sentiasa akan merosakkan amalan kamu....di dalam surau adalah tempat kerja paling disukai syaitan.....sebab syaitan ini tak mahu tengok kita dapat pahala sikit pun...buat amalan pun dengan keadaan amalan yang rosak....syaitan tak bekerja di disko atau tempat2 bermaksiat yg lain sebab...siapa yang ada di sana sudah pun menjadi syaitan....buat apa syaitan tersebut nak menghasut orang yang dah jadi syaitan....anak2 sekalian sentiasalah menyebut a'uzubillahi minasyaitanirrajiim..

Juzuk 30

Tabiat juzuk 30:
Kesemua surahnya adalah makkiyah kecuali dua surah iaitu al-bayyinah dan annashr.
Juzuk ini mempunyai tabiat yang tersendiri dan khusus iaitu untuk menjinakkan dan mencenderungkan pembacanya kepada kebaikan. Tabiat ini terkandung pada tajuk2nya dan tujuan2nya, gambaran dan perumpaan, prinsip dan pendekatan secara umum.
Ia adalah jalan2 yang menyentuh perasaan secra terus supaya sedar daripada tidur yang panjang. 


Bangunlah! 
Lihatlah!
Ikutlah!
Fikirlah!
Tadabburlah!


Sesungguhnya di sana wujudnya Tuhan. Maka di sana juga ada satu kuasa yang mentadbir. Juga ada takdir. Di sana juga ada ujian, di sana juga ada ganjaran. sesungguhnya di sana ada hisab. Ada balasan baik dan ada azab yang pedih dan ada nikmat yang besar.


Juzuk ini juga semuanya memfokuskan tentang kehidupan insan dengan kehidupan2 yang lain di muka bumi ini iaitu flora dan faunanya, juga sebagai pensaksian kejadian2 ini pada tanda2 yang Allah sebutkan di dalam kitabNya. Dan juga pensaksian Qiamah, Aneefah, Thommah, Shokhkhoh, Qori'ah, Ghasyiah. Juga pensaksian hisab, ganjaran nikmat dan balasan azab. Satu gambaran yang mengetuk pintu hati supaya tidak lalai, dan mengoncang hati. Qiamat ini adalah bukti pada penciptaan dan pentadbiran dan penghidupan lain dan keseimbangannya yang menutup ide2 perdebatan. menyedarkan, menggerunkan dan mengingatkan....dan kadang-kala bersamanya gambaran tentang penentangan pendusta dahulu kala.

Sunday, February 5, 2012

Ahmad 'Ubaadah

"Abang, ayang nak anak kita hafal al-quran dan hadits, so kita bubuh nama hafiz nak?"
"Erm, bukan abang tak suka nama tu, tapi sepupu abang dah ada nama hafiz, lagipun dah ramai nama hafiz dalam siri2 kehidupan abang, kalau kat sekolah matri dulu, setiap tingkatan ada nama hafiz, nama Abdul Haliim abang tak jumpa pun sampai abang keluar matri"
"so, Abang nak bubuh nama apa?"
"Yang abang suka depan dia nama Ahmad?, ayang pilih lah tambahannya ape, nama nak bagi murakkab kan?"
"abang je lah yg bubuh"
"nanti lah abang fikirkan"
23 november 4.35 ptg, ceaseran birth, sebab kepala bayiku senget dan sudahpun membengkak kerana contraction. lahirlah anak pertama ku, menjadilah aku seorang abah.
"ayang nak anak kita panggil ibu kat ayang"
"abang nak dia panggil abah, nak tahu kenapa? sebab 'abah' tu ada sebut dalam quran, apabila nabi ismail memanggil nabi ibrahim dengan panggilan abah"