Saturday, November 6, 2010

Hati itu berpenyakit jika tak rasa sakitnya.

HATI satu gumpal daging yang sangat mudah berbolak-balik. Diibaratkan seperti air yang sedang mendidih, begitulah bolak baliknya hati. Hati kita katakan juga fuad, juga di sebut lathifah rabbaniyah. raja di dalam kerajaan diri...arab panggil dhomir...sebagai tempat letaknya hidayah Allah...Hati juga tempat letaknya taqwa...nabi bersabda..."taqwa itu di sini"...sambil menunjukkan ke hatinya tiga kali...Hati juga asas dalam deen dan iman....dalam hadist yang lain, nabi menjelaskan bahawa hati ini adalah penentu kesejahteraan seluruh tubuh manusia dalam hadist nabi yang berbunyi...di dalam hati manusia itu ada segumpal darah, sekiranya ia baik, maka baiklah seluruh jasad itu, dan sekiranya ia buruk, maka buruklah seluruh jasad, ketahuilah bahawa ia adalah hati....

maka ia adalah alat kita berhubung dengan Allah pencipta kita...

Hati itu tabiatnya sentiasa berubah samada kepada kekotoran atau ia kekal bersih...sebab fitrah hati adalah putih...maka siapa yg dapat membersihkan hatinya, dia telah mendapat kejayaan...

Penyakit hati kali ini adalah UJUB. maknanya dalam bahasa melayu adalah 'hairan diri'...penyakit yang dihidapai oleh banyak manusia...inilah modus operandi syaitan untuk merosakkan amal kita....dan perasaan ini hanya bermain di dalam hati sahaja...

suatu masalah besar jika kita dijangkiti penyakit ini...iaitu sekiranya kita tidak merasa hati kita rosak...sebenarnya hati kita telah pun rosak oleh penyakit ini...

Apabila kita tidak membenarkan kebenaran dan tidak menafikan kemungkaran...maka itulah permulaan hati yang dihinggapi titik hitam...

ujub>>>ghuruur>>>takabbur
inilah peringkat pembarahan penyakit ini di hati kita....ujub itu muqaddimah, dan takabbur itu adalah natijahnya. dan inilah penyakit yang berbahaya kepada para du'at. duat itu seperti doktor yang merawat hati2 manusia...akan tetapi sekiranya hatinya juga rosak, maka apakah natijah dakwahnya?

kita tidak mahu menjadi orang yang merasakan dosa itu seperti lalat yang hinggap di hidung, kemudian menghalaunya tanpa rasa apa-apa....kita mahu merasakan dosa itu seperti gunung yang menghempap kita.

bagaimanakah penyakit ini berjangkit ke hati kita?

 merasakan amal kita sudah sempurna.sedangkan asal kejadian kita ini adalah penuh kekurangan. maka tiada pada diri dan amalnya kesempurnaan.Hanya Allah sahaja maha sempurna sifatnya dengan sifat-sifat kesempurnaan.
  1. ketika beramal dan timbul di hati kita bahawa amal kita besar dan sudah banyak. cukup untuk melepaskan diri dari neraka Allah..
Nabi saw bersabda bermaksud..."tiga perkara yang membinasakan...1. kikir yg dituruti..2. hawa nafsu yang dilayani...3. berasa hairan dengan pendapat sendiri..."

bagaimana hendak mengetahui bahawa ujub itu telah berlaku dalam diri kita (bukan orang lain,kena husnu zhan)..
1. seperti berkata " semalam aku bertahajjud" tanpa sebut Alhamdulillah..
2. merasakan nasihat sendiri adalah yg paling terbaik dan paling berkesan dan menolak pendapat orang lain....sepatutnya merasakan semua nasihat itu penting tidak perlu mengkelaskan kadar kepentingan...
3. mencari keaiban orang lain...

kebahayaan ujub ini...
1. mendorong kepada ghuruur...kemudian takkabbur...
2. dijauhkan taufik daripada Allah...
3. kita akan hanya bergantung pada amal kita sahaja....maka, hilanglah rasa harap pada Allah..
4. kita akan melupakan dosa-dosa kita.
5. lahir taasub..
6. terbatalnya amal yg kita buat bersama ujub tadi.

ibn taimiyah mengatakan...
amal yang tebatal sebelum dimulakan adalah, disebabkan oleh 'niat'
amal yang terbatal ketika sedang dibuat, adalah disebabkan oleh 'ujub'
amal yang terbatal ketika selesai laksana, adalah disebabkan oleh 'ujub dan ungkit'

dakwah menjadi lemah dan terhenti, mengapa? apa sudah terjadi kepada para daie?
manusia menjauhi daie kerana kurangnya pertolongan dari Allah, ujub telah menguasai daie....

maksud hadist qudsi yang berbunyi..."Orang yang Allah sayang, akan disayangi ahli langit dan ahli dunia."

maka berdakwahlah tanpa rasa ujub, nescaya orang akan sayang kamu, kerana Allah sayang kamu.

rawatan penyakit ujub
1. mementingkan ilmu yang dipelajari...berusaha untuk faham, dan dari faham itu kita beramal.
2. meyakini siksaan kubur. 

sekian.. nota tazkirah



Tuesday, September 7, 2010

Pelayaran Mujahid


Pelayaran Mujahid
Secarik calar terukir menyerlah titisan darah
Merah pekat mengalir tumpah ke bumi Allah
Setitis air mata mengalir hangat di bibir mata
Seorang mujahid sejati di lautan perjuangan

Arus mehnah gelombang fitnah
Badai syaitan taufan nafsu padu menderu
Memesong arah perjuangan 
Namun mujahid tetap cekal tabah
Meneruskan perjuangan
Menuju pelabuhan pulau impian 
Daulah keimanan mahligai ketaqwaan

Memang sunnah berjuang menempuh suka dan duka
Namun itu semua ujian dunia
Nilai yang wajib dibayar untuk meraih kejayaan 
Syahid fi sabilillah

Sunday, September 5, 2010

Marilah menjaga lidah

Kisah ini di ceritakan kepada saya semasa saya mengikuti program syabab anjuran World Assembly of Muslim Youth (WAMY) di Ain Sukhna, Mesir.

Kisah ini adalah kisah benar yang telah berlaku di Jerman suatu masa dahulu. Berkenaan seorang peniaga berbangsa Mesir yang telah membeli sebidang tanah di Jerman. Sebidang tanah yang dijual denga harga yang tidak begitu mahal ketika itu. Akan tetapi selang beberapa tahun, kawasan itu hendak dibina padanya jalanraya oleh kerajaan. Maka harganya melambung berlipat kali ganda. Maka peniaga itu menjadi jutawan dalam sekelip mata. Atas rasa syukur itu, peniaga itu berniat untuk membina masjid di kawasan yang lain. Sebuah masjid yang cantik telah dibina dengan harga 1 juta Mark (matawang Jerman). Beliau sering ke masjid itu beriktikaf dan menguruskannya.

Suatu hari ketika beliau sedang membaca al-Quran di sudut masjid, datang dua orang lelaki bersolat. selesai solat, seorang daripada mereka memuji-muji kecantikan masjid tersebut, dan kemudian bertanya kepada temannya. " Berapa kos pembinaan masjid ini?". Mungkin temannya tahu kos pembinaannya lalu menjawab.
"1 juta Mark". Lantas orang tadi membalas dengan nada bersahaja. "Aku rasa, orang yang buat masjid ini adalah peniaga dadah". Mereka berdua berlalu pergi setelah selesai urusan tanpa sedar bahawa perbualan mereka didengari oleh peniaga itu. Kata-kata lelaki itu tadi sebenarnya memberi kesan yang sangat mendalam kepada peniaga tersebut. Peniaga itu merasakan sangat kecewa,sedih dan tertekan dengan kata-kata itu. Siang dan malam asyik memikirkannya. Sangat menggoyah hatinya. Apakah kesalahannya terhadap Allah swt sehinggakan ada manusia yang sanggup berkata sedemikian.

Akibat terlalu memikirkan perkara itu, peniaga ini mengalami strok separuh badannya. Lantas perniagaan menjadi merosot dan bangkrap. Kehidupan yang dahulu tidak lagi seperti sekarang.

Mungkin kita boleh mengatakan bahawa kata-kata lelaki itu hanyalah seloroh semata-mata. Tapi itulah hakikat lidah manusia. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya. Itulah sejengkal yang memudahan kita masuk neraka. Dan juga sejengkal daging yang memudahkan kita untuk masuk syurga...

Sekian...

Friday, September 3, 2010

Bersihkanlah Hatimu dengan al-Quran.

Kisah ini diceritakan oleh ustaz Muhammad Abdul Fadhil seorang ahli matematik kepada saya.

Kisah seorang bapa dan seorang anak yang bukan berbangsa arab. Si bapa selalu menyuruh anaknya yang kecil itu membaca al-Quran setiap hari. Lalu sebagai anak yang taat, dia menuruti kehendak bapanya dengan rela hati. 
Akan tetapi, suatu hari si anak bertanya kepada bapanya. " Wahai bapa, mengapa bapa selalu menyuruh aku membaca al-Quran yang aku sendiri tidak memahami makna ayat-ayat yang aku baca? ". Bapanya tidak terus menjawab pertanyaan anaknya, lalu mengajak anaknya ke tepi sungai. Dia memberikan anaknya itu raga yang sudah berdebu dan menyuruh anaknya itu memenuhkan tempayan di tepi sungai itu dengan menggunakan raga tadi untuk menimba air. Anak yang taat itu tidak membantah arahan bapanya. 
Berkali-kali dia cuba membawa air tersebut. Ternyata air sudah habis di pertengahan jalan. Lalu si anak mengadu kepada ayahnya. "Wahai bapa, raga ini tidak dapat menampung air". Bapanya menjawab. "Mungkin kamu lambat berjalan, lalu air tidak sempat sampai ke tempayan". Si anak mencuba lagi, kali ini dengan berlari. Ternyata usahanya sama seperti tadi. Sekali lagi dia mengadu kepada bapanya. 
Kali ini bapanya tersenyum, seraya berkata. "Wahai anakku, cuba kau lihat pada raga yang bapa beri tadi, apa yang terjadi padanya?. Si anak melihat dan mendapati raga tadi telah bersih daripada kotoran debu tadi. Lalu bapanya berkata kepada anakknya. "Anakku, begitulah juga dengan hati kita, walaupun kita tidak memahami ayat-ayat al-Quran yang kita baca, tetapi apa yang kita baca itulah yang membersihkan kekotoran hati kita".

sekian...

Wednesday, August 4, 2010

Mengapa Aku Membelog?

Assalamualaikum warhmatullahi wabarakatuh..
Dengan menginfinitikan kesyukuran kepada Allah swt, dengan izin dan bantuan, rahmat dan kasih sayang Nya....dapat  aku meneruskan azam yg tertangguh dengan perlbagai sebab...
Salawat dan salam hanya untuk Nabi junjungan Muhammad saw....menyampaikan Islam sampai kepada diriku...serta doa kesejahteraan bagi para pendakwah islam yang ikhlas menyampaikan dakwah nabinya dari semasa ke semasa hinggalah hari kiamat...


Post pertama bertajuk seperti di atas, kenapa membelog? banyak yang aku dengar daripada mulut2 orang, buat belog untuk mengikuti peredaran zaman sebab ramai orang membelog hari ini, belog juga seperti kita menulis diari atau kita menceritakan perkara yang telah lepas, atau belog untuk suruh orang baca tulisan kita dan memberi pendapat..


Sebelum ni memang aku anggap dan berpendapat seperti kita membelog untuk orang baca, sebab internet itu memang untuk menayang dan memberi orang tengok, itu pandangan aku, tapi bila aku terdengar satu jawapan yang aku telah tanya...kenapa buat belog? saya buat belog untuk bina kekuatan diri saya..satu jawapan yang buat saya terfikir, tulis untuk orang lain atau diri sendiri? ternyata jawapan tadi beri pandangan dari sudut berlawanan, iaitu menulis untuk diri sendiri bukan untuk orang lain....menulis sebab suka menulis, bukan suka sebab orang lain suka, atau macam2 alasan lagi....sebenarnya pernah nak cuba buat ...dan dah buat tapi separuh jalan iaitu ...berdasarkan sebab2 yang lain..
 
cuba lah membina kekuatan dengan bermonolong kepada diri sendiri....supaya kau ingat perkara lalu mu...supaya tidak kau masuk lobang najis yang sama buat kali kedua....atau untuk kau tidak lupa...siapakah diri kau sebenarnya...