Thursday, June 25, 2020

Yousuf Abdul Haliim bin Mohd Rubani bin Abd Rahman bin Samsuddin bin Ramli bin Salim

alhamdulillah wa syukru lillahi rabb al-alamin

4 Mac 2020 jam 12;40 pagi, do hospital Taiping. bukaan asalnya sudah 4 cm tapi ... akibat air ketuban sudah warna hijau, bermakna bayi sudah terbuang air besar dalam rahim. Dan jantung bayi sudah jatuh merudum... jawapannya adalah ceaser... aku berjumpa sayang sebentar sebelum ditolak masuk ke wad ceaser... dr shanti (pakar ong) dan dr hanis (mo) sudah sedia menunggu untuk menjalankan tugas dengan baik.... aku menunggu bersama dua lagi anak di bilik rehat dr budin (dapat duduk situ sebab isteri juga doktor pakar di hospital taiping)... terus membuat pendaftaran ... dalam perjalanan terima panggilan dari dr hanis katanya bayi sudah boleh di azankan... aku jawab sebentar kerana sedang uruskan pendaftaran...sedangkan dalam hati alhamdulillah syukur teramat ya Allah.. terngiang lagi kata 'orait' dr hanis.... sampai ke wad aku lihat bilik yang sibuk tadi tenang semacam ..macam tiada kelahiran lain melainkan bayiku seorang sahaja... anak sulung sudah tertidur di bilik rehat dr budin.. yang kedua tidak dapat tidur kerana melihat abahnya tak tidur menunggu.... jadi terpaksa heret anak doktor yang nombor 2 ni masuk ke tempat yang dilarang kanak-kanak masuk... dr puwa bertugas di labour room memahami... nurse menunjukkantag nama baby of dan jantina bayi...aku basuh tangan dan dokong bayi untuk diazankan dan diiqamahkan... alhamdulillah tsumma alhamdulillah. 😅

si isteri sedang dijahit perutnya yang di bocorkan masih belum siap... kali kedua diceaser anak pertama dan anak ketiga... yang pertama akibat kepala bayi senget sehingga bengkak kepalanya.... kali ini tali pusat melilit leher dua lilit... semasa basuh uri tertanya juga kenapa tali pusat ini dipotong-potong... selepas isteri menceritakan barulah tahu.

agak lama menunggu sehingga pintu bilik diketuk... isteri ditolak ke wad kerana pesakit ceaser hendaklah berkampung di hospital untuk 3 hari berikutnya... sedangkan bayi hendaklah ditahan di wad yang berlainan... bayi ceaseran hendaklah dipantau sekiranya adalah kemungkinan lain atau komplikasi kesihatan lain... sudah berjumpa berpisah pula..😥. isteri terbaring lesu akibat ubat bius pembedahan....kami berkampung di wad bersalin kelas 1. teman isteri yang ceaser dan memudahkan urursannya ... sehingga menjadi persoalan pelawat lain kenapa ada budak di wad yang tidak boleh masuk budak.... kakak guard jenuh menjawab.... kami ambil keputusan untuk tidak keluar bilik pada waktu melawat melainkan selepas pelawat semua dah balik.😎... huhu

Thursday, April 27, 2017

ubudiyyah

aku timbulkan persolan dan pembaca jawab berdasarkan kefahaman kamu, jangan takut salah kerana sekiranya kita dapat tahu kesilapan kita, itu lebih baik kerana kita boleh membetulkan kesilapan dan menjadi yang lebih baik... jawab dalam hati ya...

ARAHAN: JAWAB SEMUA SOALAN

1. Apakah pengertian ibadah?

2. Mengapa berlaku pengibadatan?

3. Apakah unsur yang menghasilkan ibadah?

4. Diantara ibadah dan ubudiyyah, yang mana timbul dahulu?

5. Jelaskan konsep ubudiyah dan kaitannya dengan tauhid

6. Apakah kepentingan ubudiyyah kepada manusia?

7. apakah kesan ibadah tanpa ubudiyyah?

MARI MENGENAL TUHAN...YAAAYYY!!!

Malam ini ada ceramah lepas Maghrib di Masjid Telipot, kepada peserta program qiyamullail anjuran student bagi mengisi markah projek kerja kursus PESAT mereka.
tajuk yang disuruh aku menyampaikannya ialah. mengenal tuhan. memandangkan audience daripada umur antara sekolah rendah dan tingkatan empat. aku kena ubah cara pedagogi supaya kanak-kanak tidak boring dan remaja tidak bosan. aku memilih untuk berdiri, sebab aku lebih yakin bila berdiri...
tajuk mari mengenal tuhan... aku suruh budak-budak tu sebut yaaayyy... walaupun biasanya mereka tidak menyebutnya, tiga kali aku suruh budak2 tu yaayyy!!!
aku tanya tak seronok ke belajar tentang tuhan? ... kita kena bawa something yang lain daripada apa yang mereka belajar di sekolah, nescaya mereka boleh memberi perhatian, kalau kita bawa benda yang sama... mereka akan hump... ini lagi. sebab mereka memepunyai otak yang cekap berbanding orang dewasa...so ucapkan apa yang kita nak belajar hari ini tidak ada di sekolah kamu... baru mereka terkesima.. tapi ada diberitahu dalam Quran yang kamu baca... doktrin supaya mereka merasakan sekolah tidak akan ajar semua perkara... sebaliknya Tuhan mengajarkan perkara yang lebih penting daripada sekolah exam oriented mereka... dah nampak muka-muka yang memberi perhatian...
langkah kedua... gunakan persoalan untuk menjadikan mereka berfikir...bagaimana kamu mengenal tuhan?... tulis soalan semua... aku memberi arahan ... ini dinamakan class control... terkumat kamit mereka menyalin soalan...
tiga anggota yang tuhan wi ke kita untuk kenal dia... mata dan pengelihatan...telinga dan pendengaran...hati dan pemikiran...
siapa ada mata? nampak tak? ada tak mata yang tak nampak? mata yang sedang tidur... mata rabun... nampak tapi tak jelas... telinga dan pendengaran... cuba gerakkan telinga tanpa tangan... terjumpa seorang budak lelaki yang boleh gerakkan macam gajah... hahaha...betulkan dulu konsep hati dan jantung... arab kalau sebut qalbu adalah jantung... hati adalah kabid, hati yang dimaksudkan ialah ruh... bukan jantung yang berfikir tapi ruh yang berada di jantung ... sekiranya ruh dicabut, maka jantung akan berhenti... kalau jantung sakit, sakitlah seluruh tubuh... hadis...tunjuk kepada mereka gambar jantung gif file jantung yang dikeluarkan daripada tubuh untuk pembedahan... terkejut mereka... jantung berdenyut tapi badan tak ada...
selepas penerangan agak panjang, kelihatan budak2 yang sudah mula hilang fokus... siapa nak dengar cerita best? semua kata nakk.... kalau nak beratur ikut kumpulan semula... ini juga class control...cerita cikgu jahat nak sesatkan kanak-kanak sekolah dengan menceritakan tentang tuhan yang tak nampak bukan tuhan, tetapi dibidas oleh salah seorang kanak-kanak bahawa cikgu tiada otak sebab tak nampak otak cikgu... peranan ruh yang menjadi perantaraan dengan tuhan... kerana ruh tu milik Allah.
apa akan jadi kalau kita tidak menggunakan tiga anggota ini untuk mengenal tuhan? chapter 7; 179. aku cerita binatang ternak yang paling teruk adalah ba alif bi ai...tapi lebih teruk... ayam asrama yang hidupnya makan tidur dan kena sembelih... sebab tak kenal tuhan... lebih tepat tidak kenal kenapa dihidupkan...
ceramah ditamatkan kerana orang dah mula iqamat solat isyak.

Thursday, November 19, 2015

MASTER OF EDUCATION ; TEACHING ISLAMIC EDUCATION

Jenuh memikirkan bidang apa yang aku  nak sambung selepas habis degree syariah islamiyah university al- azhar. 12 tahun siapkan degree, unta pun dah kena sembelih sembelum cecah 12 tahun, kalau ada unta yang lahir pada tahun 2000 semasa aku jejak kaki ke mesir dan grad pada tahun  2011, unta itu sudah menjadi sembelihan pun. ayat perli bapak aku, syukur aku punya abah yang sanggup bersabar menunggu aku habis belajar, emak yang sangat bersabar menghabiskan duit pencennya untuk anak-anaknya ( bukan aku sorang).
niat menyambung pengajian belum timbul sehinggalah aku ditegur oleh bapa mertua,"bila nak sambung belajar?" "hehe" sambil tersenyum. insyaallah. belum ada peluang lagi. baru setahun kahwin dengan anaknya. isteriku menyambung pelajarannya selepas tamat degree hampir 5 tahun di IIUM kampus Kuantan, Menyambung ke HUSM  sebagai doktor pelajar. in-campus student 4 tahun. maka berpindahlah kami beriga ke negeri tuan guru nik abdul aziz. kebetulan rakanku mencari pensyarah di kolej teknologi darulnaim, pengkalan chepa. terus menalipon dan suruh datang temuduga. datanglah aku lebih awal membawa sedikit barang dengan iswara hijau baru upgrade. bertemuduga lah aku, siap mengaku tiada pengalaman menjadi pensyarah, suatu perkataan yang aku rasa tidak patut di ucap ketika temuduga. hahaha, tetapi dengan harapan akan cepat belajar dan kuasai dengan baik. balik semula ke johor dengan bus ekspress seorang diri tanpa kereta hijau. dua minggu selepas itu, mendapat panggilan daripada admin ktd mengatakan aku diterima menjadi staff di sana, sujud syukur. terus dikhabarkan kepada isteri dan keluarga. rezeki Allah tiu sudah disusun atur begitu rapi. walaupun debar menjadi pensyarah dengan bekal degree 11 tahun, insyaallah pengalaman sebagai guru sangat membantu. cuma pelajarnya berlainan ragam.
sepatutnya cerita degree bukan kerja di ktd....
tak lama bekerja di situ sambil meninjau tempat belajar di kelantan, umk kah, um kah, oum kah, tetiba icce under IIUM menyewa bangunan KTD untuk membuka cawangan. takperlu tinjau depan mata dah terbentang, master in education, pendidikan .. wah semantap jiwa mencarik robek sampul nangka yang selama ini membungkus, terus masuk pejabatnya dan meminta borang. mendaftar, sebagai pelajar master IIUM Med.
tertunggu-tunggu bila kelas nak mula walaupun full courses.. ada temuduga dalam bahasa inggeris plak tu... bahasa yang dipelajari lebih awal daripada bahasa arab, baru nak di gunakan sekarang, the tounge is already thick ... go ahead to talk .. dont be shy... penemuduga bertanya apa tajuk nak buat untuk master ini ? aku dah nekad nak buat tajuk berkenaan pendidikan islam, pendidikan islam seperti dianggap susah oleh pelajar muslim dan non muslim jadi saya nak buat kajian berkenaan adakah ia susah atau tidak. supaya nak jelaskan bahawa islam itu mudah. huhu. konfiden jah... masa pengenalan diri dalam bahasa inggeris... dah lama sikit bahasa ibunda lah.. temuduga skype online .. berani sikit.. huuhu
masuk kelas febuari 2014... wah perkara baru... research methodology... prof sahari nordin... cuba secubanya untuk faham... kalau speak malay, i dont understand you please... haha.. best cakap english .. melatih aku menjadi berani bercakap... terus nekad nak buat tesis dalam bahasa inggeris walaupun ada pilihan dalam bahasa arab.
statistics.. prof burhan.. kelako orang johor.. suara mantap betul... kelas best tidak boleh ngantuk... susah ngantuksebab focus on lecture
history of islamic philosophy ... prof suhailah.. orang batu pahat.... nampak macam serius betul ... sekali nak sarapan roti kat belakang .. pop dia tepuk kuat2 macam selamba jeh... hhaha... critical thinking memang best... bukak minda... konsep iqra.... i had learned a lot of things. oh God please make this nikmat of study last till die....
sem dua sambung post lain nak tidur.... masa menulis ni ..baru siap buat slide utk present esok.. kelas last sem 2 .... the capek of sem 2... 

Thursday, February 26, 2015

250215

ahli baru dalam keluarga kami ... belum ada nama
lelaki 2.97 kg, sihat alhamdulillah, dahi tak luas tak serupa abangnya.
lahir selepas maghrib ketika abahnya bersolat maghrib terpaksa meninggalkan ibunya yang sedang berusaha mengeluarkan ... abangnya sudah 'bowl open' di saat ibunya hendak melahirkan adiknya... pada hari yang sama si abang telah dijangkiti chiken pox (cengkering) di sekolahnya.... ada orang nak jaga tapi aku tak sampai hati kalau berjangkit kepada anak2 mereka.... huhu... menemanilah si abang disamping ibu yang kesakitan.. pengalaman buat si abang... bilik premature HUSM kubang kerian... tahniah untuk isteri tersayang dan terima kasih ...
duduk diperantauan jauh dengan keluarga... aku nak kena urus semuanya... huhu ...berakal juga... makan, pakai, si abang, si adik baru, si isteri tersayang, si rumah, orang nak datang, mak mertua nak datang, kawan2... owh .. aku terpaksa tak hadir kursus semalam dan hari ini.. owh... sempat lagi menulis blog.. sebab stress agakya .. huhuhu.... tarik nafas dalam2.. nak buat sarapan nih.. lauk siakap.. jom..

Thursday, January 9, 2014

kau meninggi diri walau kau asal tanah
mungkin sangkaan kau 
datang dari tanah tinggi
asalmu pejal keras kematu
dikikis hakis hujan batu dan salju
mencair pasir ke kaki gunung
mengalir luncur tatkala musim bunga
dihanyut arus ke lembah rendah
terus jadi pasir hina sungai lumpur
berbau busuk hanyir acar hitam keladak
kubang binatang membuang najis kencing berak
bercampur baur diinjak pijak ditendang maki hamun sepatu
air keampunan mencurah suci
kau endahkan
lantas air itu menghinakan kau
membawa dirimu
lebih rendah lagi dina
masin kelat tiada manfaat
mengkarat besi menyah sabun melekit kulit
hingga hanyut dipukul ombak hempas pulas bolak terbalik tunggang
sekali air bah juta kali kau berubah
hingga akhirnya ke jurang paling dalam
gelap gelita tanpa jalur cahaya
kau sebutir pasir tanah tinggi dahulunya 
kini di dasar jurang paling hina hitam pekat 
berteman ikan berlampu suluh tiada mata

Tuesday, June 11, 2013

DAKWAH KITA

KEJELASAN DAKWAH KITA

Kami suka untuk menjelaskan kepada orang ramai tentang matlamat kami. Memberi penerangan tentang manhaj kami di hadapan mereka. Memfokuskan mereka tentang dakwah kami. Dengan tanpa campur aduk dan sembunyi-sembunyi. Lebih jelas daripada sinar mentari, lebih terang daripada fajar pagi, bahkan lebih terang daripada terik siang.

KESUCIAN DAKWAH KITA

Suka rasanya di sini untuk memberitahu puak kita -semua muslim adalah puak kita- bahawa dakwah ikhwan muslimin adalah dakwah yang suci dan bersih. Ia bersih kerana meminggirkan ketamakan individu, dan menghinakan manfaat-manfaat kebendaan, membelakangkan hawa nafsu dan kepentingan, dan telah melangkah menyusuri jalan yang telah digariskan oleh Allah tabaraka wa taala untuk para penyeru dakwah.

[ Katakanlah , inilah jalanku, aku mengajak kepada Allah dengan yakin bersama dengan orang mengikutiku, Maha suci Allah dan aku tidak tergolong dalam orang-orang yang musyrik] yusuf:108

Kami tidak meminta apa-apa dari manusia, tidak mengenakan bayaran, tidak meminta sewa, apatah lagi meminta gaji, bahkan tidak mahu ganjaran dan habuan, sesungguhnya ganjaran kami pada tugas ini hanyalah apa yang telah Allah swt sediakan untuk kami.

BELAS KASIHAN

Suka kami katakan kepada manusia bahawa kami ini menyayangi mereka lebih daripada diri kami sendiri. Mereka disayangi sehinggakan kami akan pergi menjadi penebus mereka sekiranya mereka menjadi tebusan. Kami akan membayar harga untuk ketinggian dan kemuliaan mereka, untuk agama dan cita-cita mereka jika sekiranya kami ada kekayaan. Kami takkan berganjak daripada pendirian ini untuk mereka kecuali hati-hati kami tidak mampu menjaga perasaan belas kasihan ini. Belas kasihan inilah yang memiliki perasaan-perasaan kami, mengacau tidur kami, menyebabkan air mata kami mengalir. Sesungguhnya kami merasa sangat berbesar hati sekiranya melihat apa yang kaum kami akan lalui, kemudian kita sama-sama mati dengan kenikmatan. Ataupun kita redha dengan kehinaan, ataupun merasa tenang dengan putus asa. Sesungguhnya kami ketika berkhidmat di jalan Allah ini, kami akan bekerja lebih untuk masyarakat banyak daripada untuk diri kami sendiri. Sesungguhnya kami ini untuk kamu dan bukan orang lain. Wahai sahabat yang dikasihi, tidak ada hari bagi kami melainkan bersedia untuk kamu. Setiap hari adalah khidmat untuk kamu.